Jumat, 18 Januari 2013

Sampaikanlah Walau Satu Ayat





Assalamualaikum, Kultum kali ini diisi oleh saudara M. Sayaf Azzam yang bertemakan" Sampaikanlah Walau Satu Ayat" berikut cuplikannya  Katakanlah: "Marilah, supaya aku bacakan apa yang telah diharamkan oleh Tuhan kamu kepada kamu, iaitu janganlah kamu sekutukan dengan Allah sesuatupun; dan hendaklah (kamu) membuat baik kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana kepapaan, (sebenarnya) Kamilah yang memberi rezeki kepada kamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri kejahatan-kejahatan (zina) - yang terang daripadanya dan yang tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang telah diharamkan Allah (membunuhnya) melainkan dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh Syarak). Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu memahaminya. [6:151]

Sengaja saya kongsikan Petikan Terjemahan Ayat Al-Quran di atas,sebagai pembuka bicara. Kenapa? Sabda Rasulullah SAW : “Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” [Bukhari]  The Prophet SAW used to tell his Companions to do : "Convey (knowledge) from me even if it is just one aayah" [Bukhari]. Dan,  The Prophet SAW said : "Whoever calls people to the truth will have a reward like that of those follow him,without it detracting in the least from their reward". [Muslim]
Apa yang saya cuba hendak kongsikan di sini?
Senang sahaja.Sampaikanlah Ilmu tentang Islam,walaupun ianya hanya satu ayat.Ini kerana,mungkin satu Ayat (Al-Quran/As-Sunnah) yang kita sampaikan itu,mampu membuka pintu hati manusia ke jalan Allah SWT.Jangan sesekali memandang kecil suatu perkara baik yang mahu kita lakukan. Jika seseorang itu tersentuh hati mendengar apa yang kita sampaikan kepada mereka,kita juga akan mendapat manfaatnya,insya-Allah.
Yang penting,lakukan kerana Allah SWT,mencari redha-Nya.Dan pastikan juga Ilmu yang disampai itu adalah Sahih.Itulah pentingnya untuk kita sentiasa memenuhkan dada kita dengan Ilmu. Jangan akibat terlalu 'ghairah' hendak bergelar 'Pendakwah',kita meninggalkan tanggungjawab mencari Ilmu.Akibatnya,kita menyebarkan Hadis Palsu,sebagai contoh.

Astaghfirullahalazim.Kepada Para Pembaca,andai kata ada Penulisan saya di Pena Maya yang anda dapati mengandungi Ayat yang mencurigakan,sila maklumkan kepada saya untuk diperbetul.Al-maklumlah,saya ini manusia biasa.Bimbang terlepas pandang.Kadang-kadang,sudah check banyak kali,still ada silap.Bukti kuat yang menunjukkan bahawa kita ini manusia sememangnya lemah.

Berbalik kepada tanggungjawab berdakwah di atas tadi. Kita juga kena ingat.Tanggungjawab kita hanya menyampaikan.Allah jugalah yang akhirnya memberi hidayah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya. Tapi kita mesti berusaha.Okay?
  Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. [3:104] Dan sebagai seorang Muslim yang beriman kepada Allah SWT dan Hari Akhirat,kita mesti sentiasa memenuhkan Diari Harian kita dengan kebaikan.Renunglah Terjemahan Ayat-Ayat Al-Quran di bawah ini,

    "Hari yang padanya harta benda dan anak-pinak tidak dapat memberikan pertolongan sesuatu apapun, "Kecuali (harta benda dan anak-pinak) orang-orang yang datang mengadap Allah dengan hati yang selamat sejahtera (dari syirik dan penyakit munafik) [26:88-89] Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! [99:7-8] Alangkah ruginya kita,andai tidak melakukan kebaikan di dunia ini.Alangkah ruginya,andai mensia-siakan umur yang dikurniakan kerana tidak mencari redha-Nya.

Itu sahaja coretan ringkas untuk hari ini. Dan sekali lagi diulang - jika ada salah silap - minta dimaaf dan dibetulkan. Penulis - manusia biasa,hamba Allah yang sedang merubah diri. Saya mendoakan agar anda semua Para Pembaca dikurniakan Petunjuk dan Hidayah-Nya,dan diberikan kefahaman yang betul dari apa yang dibaca anda melalui Penulisan ini.Amin.[]MZ_matasiswa.com


Tidak ada komentar:

Posting Komentar